3 Tips Mudah Elak Darah Gemuruh Ketika Temuduga

Mendapat panggilan untuk ditemuduga adalah sesuatu yang agak mengembirakan untuk mereka yang sedang mencari perkerjaan. Akan tetapi akan ada satu perasaan yang anda akan rasa apabila ingin menghadapi temuduga. Perasaan gemuruh akan menyelubungi diri anda.

Jom, kami kongsikan 3 Tips Mudah Elak Darah Gemuruh Ketika Temuduga

1. Ketika menunggu giliran, jangan terlalu memikirkan akan soalan yang akan ditanya oleh pemenuduga.

Calon temuduga mudah menjadi gemuruh sekiranya terlalu memikirkan berkenaan soalan yang akan ditanya penemuduga. Oleh itu, jangan fikirkannya. Tenangkan diri dan sentiasa berfikiran positif.

BACA JUGA : Dibuang Kerja Serta-Merta, Apa Hak Kita?

2. Anggap Temuduga Sebagai Sebuah Proses Perbualan

Calon yang dipanggil temuduga biasanya telah mencapai kelayakan yang dikhendaki oleh organisasi, dan temuduga digunakan sebagai medium untuk organisasi mengenalpasti calon dengan lebih dekat selain dari maklumat yang diperolehi dari dokumen permohonan kerja sahaja. Jadi anggaplah temuduga yang dilalui ini sebagai sebuah proses perbualan yang memerlukan jawapan ringkas dan padat. Penemuduga juga merupakan manusia biasa yang mahukan perbualan yang segar dan semulajadi, jadi anda hanya perlu bersahaja dan tidak perlu terlalu gemuruh.

3. Berfikiran Optimistik

Berfikiran opimistik boleh mengurangkan rasa gemuruh. Mungkin anda pernah melalui situasi yang lebih hebat dari ini. Jadi cuba jadi lebih optimistik, dan berlatihlah untuk jadi lebih bersahaja.

 

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan dalam sektor Kerajaan ataupun Swasta, anda boleh terus melayari laman web Jawatan kosong Terkini. disini terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan mengikut kelayakan yang dimiliki.