Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia Pereka Grafik Dan Produk

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

Maklumat Jawatan

Jawatan : Pereka Grafik Dan Produk Amanah Ikhtiar Malaysia

Gred : F1 (Penolong Pegawai)

Tarikh Tutup : 27 Mei 2019

Gaji & Elaun : RM2606.00

Keperluan & Kelayakan Memohon

  • Mempunyai Diploma dalam bidang Kreatif Multimedia / Rekabentuk atau setaraf dengannya;
  • Berpengetahuan dalam aplikasi seperti Rhinoceros 3D, Solidworks, Powershape, Adobe Photoshop, AutoCad;
  • Berpengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang rekabentuk adalah satu kelebihan;
  • Mempunyai perwatakan dan sahsiah diri yang baik;
  • Berdaya kreatif, inovatif, strategik dan berfikiran positif serta mampu bekerja berpasukan atau sendirian;

Skop Kerja

  • Mewujudkan, merancang serta melaksanakan tugasan dengan bijak dan tepat dalam memenuhi keperluan pengguna, keperluan perniagaan dan kekangan teknikal;
  • Melaksanakan projek mengikut garis masa yang diberikan;
  • Berpengalaman dengan pembinaan prototaip (dari peringkat idea) melalui pelancaran dan seterusnya;
  • Berkeupayaan untuk mengambil misi produk, data penyelidikan pengguna dan analisis dan menterjemahkannya;
  • Bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi tujuan pembentukan konsep, dokumentasi, merekabentuk dan mengembangkan konsep produk baru;
  • Melaksanakan tugas-tugas ad-hoc yang lain dari semasa ke semasa;

Cara Memohon

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan Surat Permohonan, Salinan Diploma dan Transkrip, Salinan Sijil Pelajaran Malaysia, Salinan Sijil Tamat Persekolahan, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil Kelahiran, Salinan Lesen Memandu Dan Sekeping Gambar Berukuran Pasport (tidak dikembalikan). Permohonan hendaklah sampai sebelum atau 27 Mei 2019. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kanan sampul surat.

UNTUK JAWATAN KOSONG LAIN : Gkerja.com

Klik pautan “PAUTAN PERMOHONAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga untuk jawatan Pereka Grafik Dan Produk ini)

PAUTAN PERMOHONAN