Dibuang Kerja Serta-Merta, Apa Hak Kita?

Memang tidak adil sekiranya dibuang kerja dalam tempoh 24 jam tanpa sebarang notis. Sepatutnya kita diberikan peringatan terlebih dahulu, kita juga ada tanggungan. Tambahan pula, hendak mencari pekerjaan baru teramatlah sukar.

Bolehkah majikan membuang kerja dalam tempoh 24 jam?

Pembuangan kerja 24 jam mungkin dibenarkan dalam kes salah laku yang serius dan mendatangkan mudarat kepada syarikat atau pekerja lain. Contohnya anda menyerang pekerja lain dengan senjata ditempat kerja atau anda membawa dadah ketempat kerja atau anda mencuri barang syarikat.

Dalam keadaan lain, majikan tidak boleh membuang anda sewenang-wenangnya. Majikan perlu terlebih dahulu menghantar surat peringatan, disusuli tunjuk sebab, disusuli dengan penyiasatan oleh badan siasatan dan kemudian sekiranya didapati anda memang layak diberhentikan, barulah anda diberhentikan. Sekiranya anda dibuang kerja secara salah, anda boleh membawa kes ini ke mahkamah buruh atau jabatan perusahaan sebelum mendapat izin ke mahkamah industri.

Tuntutan Mahkamah Jika Dibuang Kerja

Tuntutan di mahkamah industri bagi gaji yang melebihi RM2,000.00 dan anda boleh minta maksimum 24 bulan gaji. Manakala tuntutan, di Mahkamah buruh bagi gaji kurang dari RM2,000.00 dan berdasarkan perjanjian.

Nanti saya share langkah-langkah secara details bagaimana sebenarnya majikan boleh membuang pekerja. Golongan pekerja dan bos-bos, perlu peka dengan isu ini.Share untuk manfaat bersama.

#peliharahakanda
#darikacamatapeguam

Dikongsikan oleh Nor Zabetha. Sebarang pertanyaan, sila pm beliau directly. Terima kasih.

 

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan dalam sektor Kerajaan ataupun Swasta, anda boleh terus melayari laman web Jawatan kosong Terkini. disini terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan mengikut kelayakan yang dimiliki.