Iklan Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan pelbagai jawatan yang ditawarkan secara Tetap di SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA  Kepada anda yang berminat untuk mengisi permohonan pelbagai jawatan yang ditawarkan di SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIAG boleh merujuk kepada maklumat yang tertera dibawah.

Pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong  yang ditawarkan. Sila pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong ini.

Maklumat Jawatan

Berikut adalah maklumat jawatan  yang ditawarkan.

Jawatan : PENOLONG SETIAUSAHA (PEGAWAI) GRED 41 (BAHAGIAN PERUNDANDANGAN DAN TRITI ANTARABANGSA)

Tanggagaji : Gaji Pokok RM2,422.00 dan Elaun tetap sebanyak RM900.00 sebulan

Taraf Jawatan : Tetap

Bertempat : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)

Tarikh Tutup Permohonan : 13 Disember 2019

Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia;

2) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan ditutup;

3) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang atau mana-mana bidang setaraf dari Universiti dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;

4) Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa, sains politik dan isu-keadilan sosial di Malaysia;

5) Kelebihan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan praktikal mengenai isu-isu hak asasi manusia, terutamanya dalam undang-undang dan triti antarabangsa;

6) Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

7) Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya; dan

8) Mampu bekerja dalam pasukan dengan pemantauan yang minimum.

Cara Memohon

  • Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi
    maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah
    disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada
    13 Disember 2019 (Jumaat) kepada:

Setiausaha

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

  • Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
    Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh
    tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia PADA 13 Disember 2019

Klik pautan “PAUTAN PERMOHONAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

PAUTAN BORANG / PERMOHONAN

Info Tambahan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan dalam sektor Kerajaan ataupun Swasta, anda boleh terus melayari laman Jawatan kosong Terkini. disini terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan mengikut kelayakan yang dimiliki.