Iklan Jawatan Kosong Arkitek J41 Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) dengan ini menawarkan kepada calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Arkitek J41 yang ditawarkan secara Tetap di UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM). Kepada anda yang berminat untuk mengisi permohonan jawatan yang ditawarkan di UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) boleh merujuk kepada maklumat yang tertera dibawah.

Pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong  yang ditawarkan. Sila pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong ini.

Maklumat Jawatan

Berikut adalah jawatan yang ditawarkan.

Jawatan : Arkitek

Gred : J41

Kelayakan Minima : Ijazah Sarjana Muda

Gaji : RM 2,529.00 – RM 9,643.00

Tarikh Tutup : 11 Disember 2019

Kelayakan 

Calon  hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia;

2) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan ditutup;

3) Mempunyai sekurang – kurangnya Ijazah Sarjana Muda untuk layak memohon.

4) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Lesen dan Pengalaman.

5) Kepujian diperingkat SPM/SVM

6) Lain – lain syarat kelayakan dan bidang tugas, sila rujuk maklumat lanjut DISINI

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Senibina adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Arkitek J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 3 di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan had umur bagi PSL adalah seperti berikut:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55/56 tahun;
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Ringkasan Tugas

  1. Bertanggungjawab mengurus pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan bermula dari perancangan sehingga penyerahan projek.
  2. Menyelaras penyediaan reka bentuk, lukisan dan dokumen tawaran dan penyerahan projek.
  3. Memantau pelaksanaan fizikal dan kewangan projek dalam pembinaan dan memastikan projek disiapkan berkualiti, menepati  kos dan tempoh masa yang dirancang serta memenuhi keperluan dan harapan stakeholders

Cara Memohon

  1. a) Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.

    (b) Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.

    (c) Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada [email protected].

Keterangan Am

(a) Hanya calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan pemilihan/temu duga.
(b) Calon yang tidak dihubungi sehingga tamat tempoh sahlaku permohonan hendaklah beranggapan bahawa permohonan TIDAK BERJAYA.
(c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama sembilan (9) bulan dari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN Jawatan Kosong Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia PADA 11 Disember 2019

Klik pautan “PAUTAN PERMOHONAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

PAUTAN BORANG / PERMOHONAN

Info Tambahan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan dalam sektor Kerajaan ataupun Swasta, anda boleh terus melayari laman web Jawatan kosong Terkini. disini terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan mengikut kelayakan yang dimiliki.