Jawatan Kosong Di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM)

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan pelbagai jawatan yang ditawarkan secara Tetap di JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT  Kepada anda yang berminat untuk mengisi permohonan pelbagai jawatan yang ditawarkan di JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT  boleh merujuk kepada maklumat yang tertera dibawah.

Pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong  yang ditawarkan. Sila pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong ini.

Maklumat Jawatan

Berikut adalah maklumat jawatan  yang ditawarkan.

Jawatan : Pembantu Pembangunan Masyarakat

Gred Jawatan : S19

Kekosongan : 7 Kekosongan

Tarikh Tutup : 6 Disember 2019

Kelayakan Minima : SPM

Gaji : RM1,352.00 dan Elaun

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia;

2) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan ditutup;

3) Mempunyai sekurang – kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk layak memohon.

4) Sihat tubuh badan dan mental; dan

5) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

6) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil  Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau

7) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

8) Syarat Bahasa Melayu Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Tugas Dan Tanggungjawab

Antara tugas dan tanggungjawab adalah seperti:

i) Membantu dan bertanggungjawab dalam segala urusan bagi pemulihan kanak-kanak cacat,
perkhidmatan pemulihan akhlak dan lain-lain;

ii) Di samping itu memberi khidmat nasihat kepada Pertubuhan Sukarela seperti Pusat Harian Kanakkanak Terencat Akal, Rumah Orang-orang Tua dan
Asrama Anak Yatim.

Cara Memohon

i. Permohonan mestilah disertakan dengan resume , salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan;
ii. Hanya permohonan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga;
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
iv. Borang permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bahagian Pengurusan
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Aras 16, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 PUTRAJAYA

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN Jawatan Kosong Di Jabatan Kebajikan Masyarakat

PADA 6 Disember 2019

Klik pautan “PAUTAN PERMOHONAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

PAUTAN BORANG / PERMOHONAN

Info Tambahan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan dalam sektor Kerajaan ataupun Swasta, anda boleh terus melayari laman Jawatan kosong Terkini. disini terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan mengikut kelayakan yang dimiliki.