Jawatan Kosong Jurutera Universiti Teknologi Mara Pahang

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pentadbiran secara Tetap di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Pahang. Kepada anda yang berminat untuk mengisi Permohonan Jawatan Kosong Jurutera Universiti Teknologi Mara Pahang boleh merujuk kepada maklumat yang tertera dibawah.

Pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong Jawatan Kosong Jurutera Universiti Teknologi Mara ini. Sila pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong ini.

Maklumat Jawatan

Jawatan : Jurutera

Gred Jawatan : J41

Kumpulan Perkhidmatan :  Professional

Status Pelantikan : Tetap

Agensi : Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Pahang

Bilangan Kekosongan : Satu (1)

Tempat Kekosongan : Kampus Raub

Tarikh Tutup : 18 November 2019

Gred Dan Jadual Gaji

Gred Dan Jadual Gaji : RM 2,529.00 – RM 9,643.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan ditutup;
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • gaji permulaan ialah pada Gred J41 : RM2,529.oo
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera dan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29/30, Ab36, AB38 dan AB40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  • Lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA yang boleh didapati dilaman sesawang UiTM Cawangan Pahang di http://pahang.uitm.edu.my atau boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Pahang, Kampus Jengka.

Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

TIMBALAN PENDAFTAR

BAHAGIAN PENTADBIRAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG,

KAMPUS JENGKA,

26400, BANDAR TUN ABDUL RAZAK,

PAHANG DARUL MAKMUR.

NO TEL: 09-4602000/ 4602032

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN Jawatan Kosong Jurutera Universiti Teknologi Mara Pahang PADA 18 NOVEMBER 2019

Klik pautan “PAUTAN PERMOHONAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

PAUTAN BORANG / PERMOHONAN

Untuk melihat lebih lagi jawatan kosong, boleh rujuk link disini : www.gkerja.com