Jawatan Kosong Pemandu Troli Rel di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD dengan ini mempelawa kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad bagi mengisi kekosongan jawatan Pemandu Troli Rel. Kepada anda yang berminat untuk mengisi Permohonan Jawatan Kosong Pemandu Troli Rel Keretapi Tanah Melayu Berhad boleh merujuk kepada maklumat yang tertera dibawah.

Pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh kakitangan KTM yang berminat dengan jawatan kosong  Pemandu Troli Rel KTMB ini. Sila pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong ini.

Maklumat Jawatan

Jawatan : Pemandu Troli Rel

Gred Jawatan : KP19

Status Pelantikan : Tetap

Agensi : Keretapi Tanah Melayu Berhad

Tarikh Tutup : 25 November 2019

Syarat Lantikan

  1. Disahkan di dalam jawatan
  2. Mempunyai 2 tahun pengalaman di dalam kerja landasan; DAN
  3. Menghadiri latihan dan lulus peperiksaan yang diadakan oleh Ketua Jabatan / KTMB di dalam bidang berkenaan bagi memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
  4. Mencapai tahap potensi yang ditetapkan;
  5. Diperakui oleh Ketua Jabatan.

Spesifikasi tugas

  1. Membuat servis harian/ mingguan/ berjadual troli dan peralatannya bagi memastikan ianya sentiasa baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa;
  2. Menghantar dan mengemaskini semua rekod kerja;
  3. Bekerjasama membuat kerja baikpulih yang diatur oleh Depoh Urusan Jalan;
  4. Mengendali troli dengan cekap, mengutamakan keselamatan, memastikan bekalan, penggunaan alat-alat kecemasan dan kecemasan dipatuhi; dan
  5. Sentiasa bersedia jika diperlukan untuk kerja-kerja kecemasan bagi mengelakkan hangguan ke atas operasi tren.

 

Cara Memohon

Pemohon yang berminat dalam jawatan Pemandu Troli Rel di Keretapi Tanah Melayu Berhad boleh mengemukakan permohonan melalui KTMB e-Recruitment di LINK atau dibuat secara bertulis dengan menyatakan butir-butir peribadi, pengalaman, dan kelulusan. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum 25 November 2019 ke alamat berikut:

PENGURUS BESAR,

JABATAN MODAL INSAN,

(UNIT PERANCANGAN KAKITANGAN),

IBU PEJABAT KOPORAT KTM BERHAD,

JALAN SULTAN HISHAMUDDIN,

50621, KUALA LUMPUR.

NO TEL: 03-22631130/1233

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PEMANDU TROLI REL KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) PADA 25 NOVEMBER 2019

Klik pautan “PAUTAN BORANG / PERMOHONAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, borang permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

PAUTAN BORANG / PERMOHONAN

Untuk melihat lebih lagi jawatan kosong, boleh rujuk link disini : www.gkerja.com