Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11 Di Kerajaan Negeri Sarawak

Kerajaan Negeri Sarawak dengan ini mempelawa semua calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Pembantu Awam. Kepada anda yang berminat untuk mengisi Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11 di Kerajaan Negeri Sarawak boleh merujuk kepada maklumat yang tertera dibawah.

Pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong  Pembantu Awam ini. Sila pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong ini.

Maklumat Jawatan

Jawatan : Pembantu Awam

Gred Jawatan : H11

Status Pelantikan : Tetap/Jawatan Berasaskan Caruman

Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran

Tarikh Tutup : 25 November 2019

Gaji : RM1,218.00 – RM2,939.00

Syarat Lantikan

  • Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan  seperti berikut
    • Pentaksiran Tingkatan Tiga /Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. ( Gaji Permulaan : RM1,218.00 )
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian  (sekurang-kurangnya  Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Spesifikasi tugas

  1. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  2. Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  3. Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot
  4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan

Skim Perkhidmatan

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Awam Greg H11, adalah tertakluk dibawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari masa ke semasa.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat dalam jawatan Pembantu Awam di Kerajaan Negeri Sarawak boleh mengemukakan permohonan melalui  e-Recruitment di PAUTAN BORANG PERMOHONAN dibawah. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 November 2019.

Untuk permohonan yang mendaftar secara dalam talian (online) (termasuk permohonan dikalangan pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat) adalah dikehendaki mengemukakan sijil/dokumen asal dan yang telah disahkan hanya sekiranya berjaya dipanggil untuk menghadiri temuduga seperti berikut:

  1. Gambar berukuran pasport
  2. Kad pengenalan
  3. Sijil Lahir
  4. Sijil-sijil Akademik
  5. Sijil Berhenti Sekolah
  6. Lain-lain dokumen/sijil yang perlu dan ada kaitan dengan permohonan
  7. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah mengemukakan semua dokumen diatas dan dokumen tersebut:
    • Surat permohonan jawatan kosong melalui Ketua Jabatan dan ulasan sama ada beliau menyokong permohonan tersebut atau pun tidak
    • Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini
    • Laporan penilaian prestasi tahunan terkini

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PENBATU AWAM DI KERAJAAN NEGERI SARAWAK PADA 25 NOVEMBER 2019

Klik pautan “PAUTAN BORANG / PERMOHONAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, borang permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

PAUTAN BORANG / PERMOHONAN

Untuk melihat lebih lagi jawatan kosong, boleh rujuk link disini : www.gkerja.com