Jawatan Kosong Pembantu Keselamatan Di Universiti Teknologi Mara

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pentadbiran secara Tetap di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Pahang. Kepada anda yang berminat untuk mengisi Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Keselamatan Universiti Teknologi Mara Pahang boleh merujuk kepada maklumat yang tertera dibawah.

Pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong  Pembantu keselamatan di Universiti Teknologi Mara ini. Sila pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong ini.

Maklumat Jawatan

Jawatan : Pembantu keselamatan

Gred Jawatan : KP19

Kumpulan Perkhidmatan : Keselamatan dan Perkhidmatan Awam

Status Pelantikan : Tetap

Agensi : Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Pahang

Bilangan Kekosongan : Satu (1)

Tempat Kekosongan : Kampus Raub

Tarikh Tutup : 18 November 2019

Gred Dan Jadual Gaji

Gred Dan Jadual Gaji : RM 1,360.00 – RM 4,052.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia;

2) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan ditutup;

3) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

4) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

5) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

6) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM 1,472.80

Syarat Ujian Fizikal Dan Pancaindera

Syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

1) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

2) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

3) Mempunyai ukuran indeks Jisim Badan (BMI) diantara Julat 19 hingga 26

4) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)

5) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

6) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

7) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA yang boleh didapati dilaman sesawang UiTM Cawangan Pahang di http://pahang.uitm.edu.my atau boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Pahang, Kampus Jengka.

Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

TIMBALAN PENDAFTAR

BAHAGIAN PENTADBIRAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG,

KAMPUS JENGKA,

26400, BANDAR TUN ABDUL RAZAK,

PAHANG DARUL MAKMUR.

NO TEL: 09-4602000/ 4602032

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN Jawatan Kosong Jurutera Universiti Teknologi Mara Pahang PADA 18 NOVEMBER 2019

Klik pautan “PAUTAN PERMOHONAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

PAUTAN BORANG / PERMOHONAN

Untuk melihat lebih lagi jawatan kosong, boleh rujuk link disini : www.gkerja.com