Jawatan Kosong Pembantu Veterinar Gred G19 di Kerajaan Negeri Sarawak

Kerajaan Negeri Sarawak dengan ini mempelawa semua calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Pembantu Veterinar. Kepada anda yang berminat untuk mengisi Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Veterinar Gred G19 di Kerajaan Negeri Sarawak boleh merujuk kepada maklumat yang tertera dibawah.

Pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong  Pembantu Veterinar ini. Sila pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong ini.

Maklumat Jawatan

Jawatan : Pembantu Veterinar

Gred Jawatan : G19

Status Pelantikan : Tetap/Jawatan Berasaskan Caruman

Klasifikasi Perkhidmatan : Pertanian

Tarikh Tutup : 25 November 2019

Gaji : RM1,357.00 – RM4,008.00

Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.                          (Gaji permulaan: RM 1,357.00)
    2. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.                                          (Gaji permulaan: RM 1,357.00)
    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: Rm1,413.40)
    4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam Bidang berkaitan atau kelayakann yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM 1,469.80)
    5. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Skim Perkhidmatan

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Veterinar Gred G19, adalah tertakluk dibawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari masa ke semasa.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat dalam jawatan Pembantu Veterinar di Kerajaan Negeri Sarawak boleh mengemukakan permohonan melalui  e-Recruitment di PAUTAN BORANG PERMOHONAN dibawah. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 November 2019.

Untuk permohonan yang mendaftar secara dalam talian (online) (termasuk permohonan dikalangan pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat) adalah dikehendaki mengemukakan sijil/dokumen asal dan yang telah disahkan hanya sekiranya berjaya dipanggil untuk menghadiri temuduga seperti berikut:

  1. Gambar berukuran pasport
  2. Kad pengenalan
  3. Sijil Lahir
  4. Sijil-sijil Akademik
  5. Sijil Berhenti Sekolah
  6. Lain-lain dokumen/sijil yang perlu dan ada kaitan dengan permohonan
  7. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah mengemukakan semua dokumen diatas dan dokumen tersebut:
    • Surat permohonan jawatan kosong melalui Ketua Jabatan dan ulasan sama ada beliau menyokong permohonan tersebut atau pun tidak
    • Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini
    • Laporan penilaian prestasi tahunan terkini

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PENBATU VETERINAR DI KERAJAAN NEGERI SARAWAK PADA 25 NOVEMBER 2019

Klik pautan “PAUTAN BORANG / PERMOHONAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, borang permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

PAUTAN BORANG / PERMOHONAN

Untuk melihat lebih lagi jawatan kosong, boleh rujuk link disini : www.gkerja.com