Jawatan Kosong Pensyarah dan Profesor Di Universiti Malaysia Pahang

Universiti Malaysia Pahang dengan ini mempelawa semua calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong Pensyarah dan Profesor. Kepada anda yang berminat untuk mengisi Permohonan Jawatan Kosong Pensyarah dan Profesor Gred DS45/DS51/DS53/54/VK7 boleh merujuk kepada maklumat yang tertera dibawah.

Pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong  Pensyarah dan Profesor ini. Sila pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong ini.

Maklumat Jawatan

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan

Pensyarah dan Profesor Gred DS45/DS51/DS53/54/VK7

A. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45 ;
Tangga Gaji RM3,070.00 (minimum) – RM11,095.00 (maksimum)

B. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51 ;
Tangga Gaji RM5,855.00 (minimum) – RM12,445.00 (maksimum)

C. PROFESOR MADYA GRED DS53 ;
Tangga Gaji RM6,162.00 (minimum) – RM13,235.00 (maksimum)

D. PROFESOR GRED KHAS C (VK7) ;
Tangga Gaji RM7,676.00 (minimum) – RM20,592.00 (maksimum)

Penempatan Jawatan : Pusat Sains Matematik, Gambang

Taraf Jawatan : Tetap

Tarikh Tutup : 26 November 2019

Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45
d. (i) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00); atau
(ii) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,380.37); atau

KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51
e. (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS51: RM5,855.00)

KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN PROFESOR MADYA GRED DS53
f. (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS53: RM6,162.00).

KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN GRED KHAS C (PROFESOR)
g. (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,676.00).
Keutamaan kepada calon:

Mempunyai kemahiran dalam bidang:
1) Statistics
2) Data Science

Syarat Umum

Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam
skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya
dari semasa ke semasa.

Penetapan Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat dalam jawatan Pensyarah dan Profesor di Universiti Malaysia Pahang boleh mengemukakan permohonan melalui  e-Recruitment di PAUTAN BORANG PERMOHONAN dibawah. Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 November 2019.

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak
Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun terakhir,
salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau
tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Para 18. Sila hantarkan ke alamat berikut :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
CANSELERI TUN ABDUL RAZAK
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)

CATATAN AM
(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga melalui
e-mel yang telah berdaftar dengan UMP.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan
hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan
mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH DAN PROFESOR GRED DS45/DS51/DS53/54/VK7 PADA 26 NOVEMBER 2019

Klik pautan “PAUTAN BORANG / PERMOHONAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, borang permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

PAUTAN BORANG / PERMOHONAN

Untuk melihat lebih lagi jawatan kosong, boleh rujuk link disini : www.gkerja.com