Jawatan Kosong Tandil Kanan Di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD dengan ini mempelawa kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad bagi mengisi kekosongan jawatan Tandil Kanan. Kepada anda yang berminat untuk mengisi Permohonan Jawatan Kosong Tandil Kanan Keretapi Tanah Melayu Berhad boleh merujuk kepada maklumat yang tertera dibawah.

Pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh kakitangan KTM yang berminat dengan jawatan kosong  Tandil kanan KTMB ini. Sila pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong ini.

Maklumat Jawatan

Jawatan : Tandil Kanan

Gred Jawatan : R03G10

Status Pelantikan : Tetap

Agensi : Keretapi Tanah Melayu Berhad

Tarikh Tutup : 25 November 2019

Syarat Lantikan

  1. Disahkan di dalam jawatan,
  2. Berkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun sebagai Tandil (R03G11);
  3. Menghadiri latihan dan lulus peperiksaan yang diadakan oleh Ketua Jabatan / KTMB di dalam bidang berkenaan bagi memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
  4. Mencapai tahap potensi yang ditetapkan;
  5. Diperakui oleh Ketua Jabatan.

Spesifikasi tugas

  1. Mengawasi dan memastikan kerja penyelenggaraan sesimpang dan pembinaan landasan mengikut jadual perancangan KMUJ/MUJ;
  2. Memastikan mutu dan hasil kerja penyelenggaraan landasan dan sesimpang mencapai paiwaian keselamatan perjalanan tren;
  3. Menunjuk arah dan melatih kakitangan seiaan cara kerja yang betul semasa membuat kerja penyelenggaraan, pembinaan landasan dan sesimpang;
  4. Memastikan peralatan dan mesin penyelenggaraan landasan sentiasa dalam keadaan baik;
  5. Bekerja dengan penyeliaan yang minima;
  6. Bersedia dipanggil pada bila-bila masa untuk kerja-kerja kecemasan; dan
  7. Melaksanakan tugas yang berkaitan dengan keselamatan landasan seperti diarahkan oleh Penyelia dari masa ke semasa.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat dalam jawatan Tandil Kanan di Keretapi Tanah Melayu Berhad boleh mengemukakan permohonan melalui KTMB e-Recruitment di LINK atau dibuat secara bertulis dengan menyatakan butir-butir peribadi, pengalaman, dan kelulusan. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum 25 November 2019 ke alamat berikut:

PENGURUS BESAR,

JABATAN MODAL INSAN,

(UNIT PERANCANGAN KAKITANGAN),

IBU PEJABAT KOPORAT KTM BERHAD,

JALAN SULTAN HISHAMUDDIN,

50621, KUALA LUMPUR.

NO TEL: 03-22631130/1233

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TANDIL KANAN KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) PADA 25 NOVEMBER 2019

Klik pautan “PAUTAN BORANG / PERMOHONAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, borang permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

PAUTAN BORANG / PERMOHONAN

Untuk melihat lebih lagi jawatan kosong, boleh rujuk link disini : www.gkerja.com