Iklan Jawatan Kosong Penyelia Asrama Di Universiti Teknologi Mara Kelantan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA  dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Penyelia Asrama  secara Tetap di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Kelantan. Kepada anda yang berminat untuk mengisi Permohonan Jawatan Kosong Penyelia Asrama Universiti Teknologi Mara Kelantan boleh merujuk kepada maklumat yang tertera dibawah.

Pengambilan jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong  PEnyelia Asrama di Universiti Teknologi Mara ini. Sila pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong ini.

Maklumat Jawatan

Jawatan : Penyelia Asrama

Gred Jawatan : N19

Kumpulan Perkhidmatan : Kumpulan Pelaksana

Status Pelantikan : Tetap

Agensi : Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Kelantan

Tarikh Tutup : 03 Disember 2019

Gred Dan Jadual Gaji

Gred Dan Jadual Gaji : RM 1,352.00 – RM 4,003.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia;

2) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan ditutup;

3) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

5) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

6) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM 1,464.80)

 

Perhatian Kepada Pemohon

  1. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau badan – badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI
  2. Setiap permohonan MESTILAH DISERTAKAN BERSAMA salinan dokumen berikut yang telah DISAHKAN
    • Kad Pengenalan Pemohon
    • Salinan Sijil Lahir Pemohon
    • Salinan Sijil Lahir Ibu Bapa Pemohon
    • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
    • Surat PEngesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
    • Salinan Kenyataan PErkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
  3. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas sebelah kiri sampul permohonan
  4. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/ badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohonmelalui majikan tidak akan di proses
  5. Permohonan-permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya
  6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga
  7. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Kelantan

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA yang boleh didapati dilaman sesawang UiTM Cawangan Kelantan di http://www.kelantan.uitm.edu.my

Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

TIMBALAN PENDAFTAR

BAHAGIAN PENTADBIRAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN,

BUKIT ILMU,

18500 MACHANG,

KELANTAN DARUL NAIM

Tel: 09-9762017/2068

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN Jawatan Kosong Penyelia Asrama Universiti Teknologi Mara Kelantan PADA 03 Disember 2019

Klik pautan “PAUTAN PERMOHONAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

PAUTAN BORANG / PERMOHONAN

Untuk melihat lebih lagi jawatan kosong, boleh rujuk link disini : www.gkerja.com